AKMAR.MYSolusi digital
untuk bisnes anda
Utama / Blog / Bisnes
Bisnes · 15 February 2021 · 2 min bacaan

Nasi Ayam Meru Klang

Ditulis oleh admin

Ketagih Nasi Ayam di Meru Klang iaitu Nasi Ayam Korea. Satu-satunya Kedai Nasi ayam yang ada pelbagai menu dan jenis nasi ayam di Meru, Klang.

Hari ini sebelum tengah hari dah bungkus nasi ayam sebelum balik rumah setelah selesai urusan di bank dan klinik.

Nama brand Nasi ayam di Meru Klang ni adalah Aroma Nasi Ayam. untuk kami yang duduk disebelah Pekan Meru Taman Desa Permai ni, kedai ni lah yang jadi pilihan untuk tapaw. Dekat dan Senang singgah.

Kalau dah berada dirumah dan tak dapat keluar tu boleh saja order dengan foodpanda. Aroma Nasi Ayam juga kalau tidak salah saya ada buat delivery sendiri. Haa ni ada pun banner Aromadelivery yang tertera no telefon.

Jadi bagi yang jauh sikit dari lokasi boleh la order, ada delivery. Jika rasa nak makan je selepas terlintas je niat di hati cepat-cepat bertindak dan call terus.

Sebabnya produk hot cepat habis

Bagi yang belum rasa dan nak ambik aura Aroma Nasi Ayam dulu boleh search di facebook page Aroma Nasi Ayam . tap je link biru pada nama aroma tu dan anda akan dibawa ke page tersebut.

Ada banyak gambar-gambar dan menu di facebook page aroma. Mudah-mudahan informasi yang kami bagi ni memudahkan Tuan-Puan mengisi perut yang sedang menyanyi lagu “keroncong untuk Ana”.


Kategori: Bisnes

← Artikel sebelumnya
Theme Newspaper X Untuk Blogger Blogspot
Artikel seterusnya →
Sofa Chesterfield Home Deco Premium
☏